Sunday, June 29, 2008
Saiful Bukhari
dari blog http://riwayathayat.blogspot.com/2008/02/selamat-maju-jaya-saiful.html
saiful bukhari said...
Terima Kasih saudara Najwan. Saya juga nak mengucapkan selamat maju jaya kepada saudara.
Secara jujur, saya tidak menyimpan apa-apa dendam dengan saudara walaupun saya teruk diaibkan dan dimalukan oleh saudara melalui laman blog ini.
Saya mengaku bahawa saya banyak buat silap. Setahun saya hidup merana,terumbang-ambing dan hidup dalam keadaan tertekan. Saya bagaikan burung yang jatuh kepatahan sayap. Tidak mampu untuk bangun dan terbang kembali.
Tetapi saya anggap ini semua takdir Allah s.w.t. Saya tidak pernah menyalahkan sesiapa tentang hal ini. Saya redha dengan ketentuan ilahi.
Saya berpegang kepada Firman ini.. "Allah s.w.t tidak akan menguji seseorang umat itu jika dia tidak mampu untuk mengharunginya"
Allamdullilah, setelah setahun saya menderita akibat tindakan diri sendiri maka saya insaf, lalu Allah s.w.t telah memberi saya jalan dan kekuatan untuk teruskan hidup ini.
Jadi saudara Najwan, saya ingin memohon maaf jika selama ini saya telah menyingung hati atau buat salah kepada saudara.
Akhir sekali, jika tidak kerana saudara, saya tidak akan dapat kekuatan dan pengajaran sebegini rupa.
Terima kasih.
Februari 27, 2008 6:43 AM
Saiful Bukhari said...
Satu lagi,
Untuk pengetahuan semua pelajar-pelajar UNITEN yang saya rindui dan kasihi, semalam saya baru sahaja memohon kepada pihak Uniten untuk membenarkan saya menamatkan pengajian a.k.a berhenti.
Saya membuat keputusan setelah saya berfikir panjang("setahun")dan mendengar nasihat dari pelbagai pihak.
Untuk pengetahuan semua, keputusan peperiksaan saya amat teruk semasa saya berada didalam MPP. Sem 1 06/07 GPA 1.0, Sem 2 GPA 0.8 dan CGPA saya sekarang 1.69.
Secara logiknya, untuk saya menaikkan CGPA saya dan menamatkan pengajian ia akan memakan masa selama 5 semester = 2 1/2 tahun lagi. Jadi bagi saya, ia tidak berbaloi.
Semenjak dari kecil cita-cita saya bukan seperti yang saudara-saudari sangkakan iaitu menjadi seorang ahli Politik. Tetapi cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang PILOT(Juruterbang). Saya mengambil bidang ini pon kerana pada ketika itu Allahyarhamah ibu saya sakit tenat, beliau sudah menyimpan wang untuk saya mencapai cita-cita saya tetapi pada ketika itu wang itu terpaksa digunakan untuk menanggung kos perubatan.
Pada ketika itu, yang ada didepan mata hanyalah tawaran pinjaman Yayasan Tenaga Nasional dalam bidang kejuruteraan. Jadi saya tidak mempunyai pilihan dan terpaksalah menerima tawaran itu.
Tetapi jauh disudut hati, memang saya telah tekad, Selepas sahaja saya menamatkan ijazah, saya akan cuba sedaya upaya juga untuk menjadi seorang juruterbang.
Allamdulillah, mungkin berkat doa ibu saya yang kini berada dialam barzakh dikabulkan. Saya telah mendapat tawaran untuk mengikuti kursus dalam bidang penerbangan di Asia Pacific Flight Training di Kota Bharu. Saya akan masuk pada JUN 2008 dan dijangka tamat pada DEC 2009. =)
Kalau nak cerita lagi panjang tapi cukup setakat sini sahajalah. Lagipun ni bukan blog saya, saya menumpang je.. =P
Jadi, adakah impian atau agenda saya selama ini benar seperti yang saudara Najwan war war kan? Anda sahaja lah yg tafsir dan fikirkan.
Sekali lagi, saya tidak menyalahkan saudara Najwan kerana beliau tidak tahu dan tidak rapat dengan saya. Sesiapa pun akan menganggap saya ni mempunyai cita-cita politik.
Bagi saya tak salah berbaik dengan sesiapa pon. Saya adalah jenis orang yang tidak suka bermusuh. Lagi ramai kenalan, tak kiralah Menteri, Pemimpin Pembangkang, gangster atau tukang sapu sampah sekali pon, suatu hari tanpa disangka orang-orang ini lah yang dapat membantu kita.
Kesimpulannya, rapatkan silaturrahim sesama manusia dan elakkan bermusuhan sesama manusia.
Sekian,
Saiful Bukhari.
p/s: Maafkan saya pelajar-pelajar Uniten yang saya kasihi dan rindui
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment